Posted By WayfarerOfLife on/at 9:47 PM

Saat ni, rasa tak Allah sangat sayangkan kita?

Sedar tak, Allah sayangkan kita, bila dia sedarkan kita, apa yang kita tak perasan?
Misalnya, buat satu perkara mungkar, barangkali dosa itu kecil, hingga kita melihatnya sebagai bukan satu kesilapan. Dan beberapa minit kemudian, Allah perlihatkan satu peristiwa yang menyedarkan kita, bahawa kita telah melakukan satu dosa.
Rasa tak kasih sayang Allah?
Allah Maha Penyayang, hatta melakukan satu dosa kecil pon, Dia memberi kita peluang untuk bertaubat, inikan pula dosa besar
Sedar tak, bila kita mula jauh dari Allah?
Kita mula rasa tidak tenang, dan kembali mengingatiNya.
Rasa tak betapa kita rindukan, kata-kata nasihat, tarbiyah, program2 bermanfaat.
Sedar tak rasa itu semua, tanda kasih sayang Allah buat kita.
Cuba fikirkan, tanpa rasa gelisah itu, akan timbulkah perasaan perlukan Allah?

    Get Feed Share on Digg Share on StumbleUpon Share on Delicious
Posted in

0 comments:

Post a Comment