Posted By The Rocking Hijab on/at 8:43 PM

Saya tak suka bila mood x baik. Semua benda jadi berat. Semua benda jadi susah. ALLAH, ke mana pergi semua sahabatku? :(

Posted in

Posted By WayfarerOfLife on/at 4:05 AM

Assalmualaikum w.b.t

Kasihan kat blog ni, da berhabuk bersawang...nak kena kemas ni
*sapu2*

Okay, hari ni Hanini nak bercerita. Tentang kisah seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Khalid bin Zaid bin Kulaib..
Okay, siapa tahu Khalid ni, angkat tangan??

Eh, sabar adek2, jangan rebut2..

Khalid ni atau lebih dikenali sebagai Abu Ayyub al-Ansaari..
Hah, da dapat clue? Macam pernah dengar je....
Sewaktu penghijrahan Nabi SAW ke Yathrib (MAdinah), Nabi singgah di Quba dan sempat membina sebuah masjid di sana. Inilah masjid yang disebut dalam al-Quran, sebagai masjid yang dibina atas nama taqwa.. Sila buika tafsir masing2 ye, Surah At-Taubah:108

Apabila Nabi sampai di Madinah, semua orang Ansar berebut2 menwarkan kepada Nabi SAW untuk menginap di rumah mereka. Malah ada yang menahan unta yang dinaiki Nabi, tapi apa kata NAbi, " Biarkan unta ini, Sesungguhnya ia dipandu"

Dan unta itu terus berjalan. Setiap kali ia melepasi satu2 rumah itu, maka kecewalah tuan rumah tersebut dan bercambahlah harapan tuan rumah berikutnya.

Dan unta Nabi pon berhenti di kawasan lapang, berhadapan dengan rumah Abu Ayyub. Tapi, Nabi tidak terus turun, sehinggalah unta itu kembali berjalan.Tapi, unta itu berpatah balik dan berhenti di tempat yang sama tadi. MAka bergembiralah Abu Ayyub kerana rumahnya terpilih untuk baginda menginap.

Okay, cerita akan agak panjang, maka, Kak NINI nak lompat ye adek2..

Nak tahu tak kat mana kubur Ayyub Al-Ansaari ni??

Cuba teka...

Abu Ayyub dikebumikan di tempok Konstatinopel ( Istanbul )

Perang terakhir yang disertai Abu Ayyub adalah perang yang dipimpin oleh Yazid bin Muawiyah untuk membebaskan Kota itu. Pada waktu itu, Abu Ayyub telah berumur 80 tahun.
Ketika perang, dia jatuh sakit lalu meinggal. Wasiatnya, agak jenazahnya dikebun=mikan berhampiran dsengan tembok tu.

Kenapa ye, Abu Ayyub nak bersemadi di tembok tu?

Hm, Abu Ayyub mahu mendengar tapak kaki sebaik2 tentera yang akan membebaskan kota Konstatinopel itu, yakni, tentera Sultan Muhammad Al- Fateh.

Maka, sampai di sini shaaj, segment Mari Bercerita by Kak Nini..

Semoga berjumpa lagi, InsyaAllah

Assalamualaikum WBT

Posted in

Posted By WayfarerOfLife on/at 12:01 PM

Rindu mereka ini...


My family, my aunts, farhan!!!
My best cousin ever..intan...
My friends yang jauh2 tu...ash..che qis!!cik farah..rindu sngt2..miss the old days...sangat!!!
Rindu ehah, bibi...syira...
Noja, nik, mimi, jannah, rindu adeq2 akak ni...
Rindu kat kak hanem....da lma x sembang...kak anem sehat?huhu...

Saya tengah kerinduan...sampai bangun balik dari tidur, buat special post nih..haha...
May Allah bless you all...and our ukhwah too...

Posted in

Posted By WayfarerOfLife on/at 5:27 AM

" Carilah kasih sayang Allah "
" Bila Allah dah sayang, semua benda boleh dapat"
" Kalau Allah sayang, senang nak masuk syurga "

Semua orang impikan syurga. Semua orang tahu, nak masuk syurga, kena banyak buat kebaikan, banyak buat benda baik, banyaklah pahala.

BUat kebaikan = buat benda2 yang Allah redha.

Nak masuk syurga, xboleh buat benda2 jahat, buat benda2 jahat, dapat dosa.

Benda2 jahat = benda yang Allah murka.

Tapi, bila buat satu2 benda, niatlah untuk mencari kasih sayang Allah, nak cari keredhaanNYa.
Hadith pertama dalam Hadith 40, " Inna 'amalu binniat "
Amal yang diabuat kerana nak cari pahala, namanya ' ibadat saudagar'
Pernah dengar cerita pasal seseorang ini x?
Dia beribadat sangat lama, berpuluh2 atau beratus2 tahun, bila tiba hari perhitungan, dan dihitung amalannya, dan di'compare'kan dengan nikmat sebelah mata, nikmat sebelah mata itu lebih berat.
Seseorang itu masuk syurga kerana kasih sayang dan rahmat Allah, bukan kerana amalannya..Walau sebanyak amalan, tak tertanding dengan nikmat yang Allah bagi.

Niat belajar sungguh2, sebab nak tunjuk bahawa umat Islam adalah umat terbaik, adalah sangat bagus, tapi takut2 niat itu akan terpesong nanti, sebab asasnya tak kuat

Kalau niat belajar, kerana nak cari kasih sayang Allah, nak redhaNya, kalau gagal pon x rasa pedih, sebab, kita tahu, usaha kita, Allah dah hitung, Allah tahu kita usaha belajar sungguh2, agar Allah sayang. KAlau berjaya, dapat buka mata orang tentang Islam, anggaplah itu satu bonus..

Moga, saya sendiri dapat peringatan. Orang kata, bila rasa Iman dah menurun, buatlah sesuatu agar dia naik balik. Moga dalam kehidupan ini, setiap langkah, adalah untuk cari kasih sayang Allah, dan setiap perbuatan, adalah kerana Allah. Maka tiada lagi rasa marah, dengki, terasa etc, yang tiada kaitan dalam mencari kasih sayang Allah

Posted in
Posted By WayfarerOfLife on/at 6:06 AM

A : C tu, dari tadi study je kat library. Dia tak nak balik solat ke? Da nak maghrib ni


B : Biarlah kat dia

A: Eh, mana boleh biar2..

B : Mana boleh ko tanya2 orang dah sembahyang ke belum.

A: Habis tu, xkan xboleh jaga solat orang lain?

B : Bukan macam tu, bila ko tanya tu, maksudnya ko da ragu2...

Ok, mungkin ada yang tak faham akan dialog di atas..Walau apa pun perspektif anda, di sini, saya bukan nak sentuh pasal jaga tepi kain, or mementingkan diri or benda2 yang sewaktu darinya.
Mari kita lihat dari sudut yang berbeza
Antara A dan B
Secara tak langsung, B telah memberi teguran terhadap A, agar jangan berburuk sangka. A boleh je terus tanya pada C, samada da solat Asar or belum, tak perlu bertanya pada B..Keputusannya, dia telah mengingatkan C untuk solat jika C belum solat, or mengelakkan dari prasangka buruk seandainya C telah pon solat.

Kadangkala, dalam kehidupan ini, kita banyak menerima teguran, samada secara lembut, kasar, sindir or apa2 cara sekalipun. Tidak kira bagaimana teguran itu diberi, tapi, terpulang pada diri kita, bagaimana untuk menerima teguran itu.

Seandainya hati telah keras, maka, immediately, kita akan rasa marah, tidak pun, terfikir " Tak boleh ke tegur elok2? Tak tahu ke cara menegur yang betul?"
Secara tak langsung kita akan menyalahkan orang yang menegur, dan menutup mata terhadap kesalahan yang telah kita lakukan, which in the end, tak membawa perubahan pada diri

Tetapi, jika hati itu lembut, dengan izin Allah, kita dapat melihat teguran itu dari sudut yang lain.
" Betul jugak, walau cara tegur tu salah, tapi takkan nak tunggu kena tegur lemah lembut baru nak berubah?Allah da ketuk pintu hati ni"

Tak kira walau cara apa pun teguran itu diberi, terpulang pada kita bagaimana untuk menerimanya. We cant change person at the other side, but we can change ourselves, n jalan termudah untuk bahagia adalah dengan mengubah diri sendiri. Perbaiki diri agar lebih bersedia untuk menerima teguran, dan moga lebih berhemah dalam memberi teguran itu sendiri.

Posted in
Posted By s.O.a.P on/at 7:38 AM

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


ps: and and and,salah satu keberkatan lain dlam byk membaca surah yassin adalah dipertemukan jodoh bagi mereka yg belum berkahwin..walaupun masa study ni bukan masa tuk pk pasal kawin2 ni,tak salah berdoa dari awal...moga2 dipertemukan dgn yg dapat membimbing ke syurga Allah..amin..

Posted in

Posted By WayfarerOfLife on/at 9:26 AM

Happy Birthday yang ke-20
Moga dikuatkan iman, dan ditetapkan hati. Moga sentiasa di bawah lembahyung rahmatNya. Moga ikatan ukhwah ini kekal ke akhir hayat dan menjadi penghubung di akhirat sana.
I Love You, fi dunia wal akhirah


Posted in