Assalamualaikum penghuni halaqah mahabbah kita. Rase nak nangis pulak bila teringat group usrah kita dulu. Semua tau saya ada blog sendiri kan? So maafla kalau tak contact sebab kebanyakan cerita, perkara yang berlaku terhadap saya, ada yang saya ceritakan di blog, dan selebihnya saya simpan. Jadi sekarang saya akan bercerita serba sedikit secara umum apa yang berlaku terhadap saya sepanjang di rumah.
Saya dapat USM kelantan tapi saya rasa sedikit hambar sebab nanti dekat sana saya tak dapat nak pakai tudung. Tapi hal USM ni recent. Sebelum tu, memang banyak dugaan yang saya alami. Parents, masyarakat yang mencela sebab tak lepas ke India, masalah between parents, nak dapatkan placements dan masalah dalaman saya sendiri. Keadaan ni kadang-kadang sangat sukar bagi saya sehingga saya rasa tak mampu untuk hadapi dengan sendiri tapi ujian ni kan tarbiyyah dari ALLAH? Jadi saya cuba bertahan. Hanya ALLAH yang tahu berapa banyak air mata yang telah saya tumpahkan kerana cuba untuk menahan derita yang ditanggung saat berseorangan. Betapa hampir semuanya menguji ketahanan aqidah saya dan saya sangat bersyukur kerana saya telah dipersiapkan dari awal tentang kefahaman terhadap Islam yang sebenar. Usrah-usrah sebelum ni juga banyak membantu dalam membantu saya mengatasi sebarang pemikiran yang melalaikan. Kerap kali rasa malas untuk bersolat, rasa nak putus asa tapi saya cuba ingat, yang membezakan golongan kuffar dan muslim adalah solat. Saya cuba ingat, solat itu tiang agama.
Untuk saya mempertahankan agama saya, saya memaksa diri untuk terus bertahan agar tidak terpengaruh. Itu tidak termasuk ayah yang memang anti-Islam dan cuba untuk brainwash kepala saya agar turut membenci Islam. Dia cuba untuk memesongkan pandangan saya terhadap Islam dengan pelbagai hujah yang, nauzubillah, kadang2 mampu membangkitkan persoalan dalam fikiran saya. Saya mengaku saya banyak lagi tak tau. Banyak lagi yang perlu saya fahami sebab saya nak jadi muslimah yang mantap pegangannya supaya saya boleh buka mata ayah saya suatu hari nanti. Kadang-kadang saya takut. Takut saya tidak dapat bertahan. Tapi alhamdulillah saya mampu.
Maafkan saya kalau saya tak contact kamu semua. Bukan saya tak mahu bercerita tapi sejak beberapa minggu yang lepas, saya berhenti menghubungi rakan-rakan supaya saya tidak mengadu betapa sedihnya saya, atau betapa deritanya saya menghadapi segalanya berseorangan. Tapi saya tidak akan bercerita lagi seperti yang pernah saya lakukan dulu. Kalau kamu perasan, bila saya sedih je, saya contact. Bile sedih baru contact. Saya baru sedar saya sangat bergantung pada kawan-kawan dan saya hanya fokus pada perasaan itu tanpa mengambil pengajaran di sebalik ujian itu. Saya hilang kebergantungan pada Tuhan.
Namun kini saya faham. Saya akan cuba lebih merapatkan diri dengan ALLAH di dalam solat. Saya akan belajar daripada semut, yang bergantung, bertawakkal sepenuhnya pada ALLAH dalam mencari rezeki kerana ALLAH itu Maha Pemurah, Dia Zat yang Agung. Mungkin susah pada permulaan tapi inshaALLAH, segalanya mungkin.
Apa yang saya alami...
Posted By The Rocking Hijab on/at 9:20 AM
Posted in
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment