Posted By WayfarerOfLife on/at 4:57 AM

Assalamualaikum w.b.t

Tadi, selepas solat Isya', berkira-kira, nak post something..ambil majalah solusi, yng baru jer baca beberapa page,belek2, sambil cuba mengingati ap yng mhu ditulis, sementra menunggu laptop berfungsi sepenuhnya..5 minit seblom itu, lebih tept lg, msih lg tgh solat, bygn2, all the things that i want to share, are very2 clear..5 minit seleps itu, perlahn2, ia hilng..cuma tgl kabus keraguan..saya terpinga sendri..tertanya..mungkinkah byngan yng clear tuh, hnya gangguan syaitan, yng bersungguh mahu merosakkan solatku?jika benar, betapa ruginya saya..teringat satu petikan yng pernah sya bca, mengenai bagaimana syaitan memperdaya manusia..mengganggu ketika sedng solat, dan jika org itu berkeinginan dlm menympaikn agma Allah, yakni Islam, dia akan membisikkan kata2 yng baik..

" Lepas solat nih, aku nk baca Quran la, ad lg 2 juzuk nk khatam nih"
" Lepas solat nih, ad usrah. Hm, nk cerita pasl ap ye?"

Dan berbagai bisikan lg..Ya, kelihatan bisikan yng baik, tapi, solatnya tidak khusyuk. Dan selesai saja solat, segala bisikan itu perlahn2 hilang..

Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

"Sesungguhnya perkara pertama yang akan Allah pertanyakan kepada seorang hamba nanti adalah solatnya. Jika baik solatnya itu, maka ia akan berjaya dan selamat. Namun jika rosak solatnya itu, maka ia akan merugi dan menyesal."
(Riwayat Al-Tarmizi daripada Abu Hurairah.)
Betapa bersungguhnya syaitan dalam menyesatkan Bani Adam. Dan di sini kita boleh belajar satu perkara yang baik dari syaitan.Sikap bersungguh-sungguh dan tidak pernah putus asa.
Ada satu cerita yang baru saya baca dalam majalah solusi isu 13. Bermula dari seorang guru meminta anak muridnya pergi ke sebuah masjid dan mempelajari sesuatu dari seorang lelaki di sana. Dipendekkan cerita, setelah bertanya kepada 2 orng lelaki yang berada di dalam masjid, dan ternyata mereka buknlah lelaki yang dicari, pemuda itu langsung membuat kepuusan untuk pulang. di luar masjid, dia melihat seorang pakcik tua sedang tekun membersihkan longkang masjid. Pemuda itu berbual mesra dengan pakcik tersebut. Dia melihat pakcik itu bersungguh2 mencuci masjid itu hinggakan celah-celah kecil pun turut dicucinya.
Kata pemuda tersebut,
" Pakcik, kenapa cuci celahan kecil itu? Bukannya orang nmpk pon."
" Tapi Allah nampk." Balas pkcik itu ringkas.

Betapa jika seseorng itu ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah, dan beriman bahawa Allah itu Maha Melihat, dia akan melakukan segalanya dengan bersungguh-sungguh. Apa yang penting bukan apa yang manusia lihat dan nilai, tapi apa yang Allah lihat dan nilai.

Hadis Nabi s.aw yang mafhumnya:

"Barangsiapa yang mencari redha Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan marahnya manusia, maka Allah akan bersamanya, Manakala barangsiap yang mencari redha manusia (walaupun) dengan kemurkaan Allah, maka Allah menyerahkan urusanya kepada manusia (Allah tidak peduli lagi hal individu ini di akhirat- tiada syafaat dan bantuan tentunya)"

Kata Malik bin Dinar, " Kamu menyangka aku menyukai memberi syarahan padahal aku yakin bahawa suatu hari Allah akan menanyakan niatku dalam syarahan tersebut?"

Bersama kite renungkan.Semoga bermanfaat.Jazakallah

    Get Feed Share on Digg Share on StumbleUpon Share on Delicious
Posted in

0 comments:

Post a Comment