Posted By WayfarerOfLife on/at 6:53 AM

saya mahu pulang kolej segera.......

Posted in

Posted By WayfarerOfLife on/at 7:12 AM

Assalamualaikum w.b.t

Siapa yang setuju sama saya??
Siapa setuju sejarah itu menarik??
Siapa kata sejarah itu bosan??
Siapa yang tak pernah tidur waktu kelas sejarah??

Benar, sejarah itu amat menarik..Tapi bukan sejarah yang belajar masa sekolah dulu. Subjek sejarah=boring.....Tapi sekarang, saya suka baca buku-buku sejarah. Tapi bukan buku sejarah KBSM. Buku tuh, tak pernah menarik untuk dibaca. Saya suka buku karangan Abdul Latip Talib. Saya da kumpul dua. Yang first, pasal Sultan Salahuddin Al-Ayubi.Best!!Siapa nak pinjam? Nanti saya boleh pos. Second, Sultan Muhammad Al-Fateh. Yang nih, baru beli, tak sempat baca lagi. Lepas saya baca baru boleh pinjam. Saat-saat nak habis cuti nih la, baru banyak terisi dengan perkara berfaedah. Saat-saat nak habis nih la, bertambah semangat nak beli buku-buku baru. Tapi ada orang pernah cakap pada saya, " Beli buku banyak-banyak, lepas tu biar berhabuk dalam almari." Huhu, insyaAllah, saya dah temukan jalan nak jaga buku-buku tuh supaya tak berhabuk. Caranya?? Baca ulang-ulang ke?Oh, saya masih belum mampu. Kalau ulang pun, mungkin hanya part yang menarik. Nak tahu solution saya?? Saya nak kongsi dengan oranglah. InsyaAllah, nanti kalau da balik kolej, nak buat iklan, nak bagi pinjam buku-buku kat sahabat-sahabat di kolej tu. Rakan-rakan KI, boleh la pinjam selalu yer..Takkan nak baca buku-buku tamil dengan Hindi je kan..Hehe..Kalau nanti ada yang berminat nak jadi partner saya, nak join aktiviti beri pinjaman nih, boleh la..Kalau ramai-ramai, baru semangat. Bersatu kita teguh...
Saya pun suka baca buku-buku Fatimah Syarha. Saya da ada dua. First, Tautan Hati..Yang kedua...jeng..jeng..jeng.. SYABAB MUSAFIR KASIH!!Haha..da lama nak beli.ingat nak tuntut dekat along, tapi da terjumpa pula dekat Dynamic tadi..terus beli..huhu..Nampaknya, Along kena beli buku yang lain la..haha..Cepatla 18 Feb..Nak tuntut janji..haha..Da habis baca buku Syabab nih..Sangat222 best!!!NAnti boleh pinjam sama saya ya...Salah satu yang berkesan dalam buku syabab ni, time Syabab(watak utama) pergi belajar al-Quran dengan Syeikh Sobir di Syria. Masa belajar, Syabab ni ada la tersalah baca, dan kena la marah dengan Syeikh tu. Syeikh tu pon tanya la jadual harian Syabab, dan Syabab pun ceritalah apa dia buat, dari bangun pagi,sampaimasuk tidur. Dan Syeikh tu pon tanya juga, sehari baca al-Quran banyak mana? Syabab pun jawab, setengah juzuk. Syeikh tu kata, sepatutnya, dalam sehari, sekurang-kurangnya 2 jam diperuntukkan untuk membaca al-Quran, salah satu sebabnya, al-Quran nih, diturunkan kepada hamba Allah yang paling mulia, siapa lagi,Nabi Muhammad saw..Kalau baca satu juzuk tu, paling minima diulang sebanyak lima kali. Masa tu, terfikir la saya. Baca buku Syabab tuh, lebih dari separuh, berapa jam saya ambil untuk baca tuh, tapi sikit saja al-Quran yang saya baca pada hari ni. Astaghfirullah..Kita ambil renungan bersama di sini ya teman-teman. Buku nih, sangat banyak manfaatnya, banyak ilmu yang boleh diambil, dan sesuai buat mereka yang belum mampu untuk membaca buku-buku yang terlalu fakta. Boleh diambil sebagai langkah pertama, untuk mencambahkan minat, membaca buku-buku corak sebegini. Dalam kedua-dua buku Fatimah Syarha ni, satu persamaan yang dapat saya kesan, banyak berkisar akan dakwah, dan bila seseorang daie itu berdakwah pada mad'u nya, dia akan melihat pada potensi yang ada pada mad'u(orang yang didakwah). Oleh itu, yakinlah wahai teman-teman, bahawa kita masing-masing ada potensi yang boleh digunakan untuk menegakkan syiar Islam ini.Siapa pernah dengar hadith logam??

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Mengikut apa yang pernah diajarkan pada saya, dan apa yang saya faham, apabila kita ada sesuatu kelebihan, misalnya seperti Saidina Umar al-Khattab yang sangat berani, gagah dan perkasa itu, sebelum dia memeluk Islam, berbagai-bagai perkara dilakukan dengan menggunakan kegagahannya itu termasuklah dalam cubaan membunuh Rasulullah. Tapi, setelah beliau memeluk Islam, kegagahannya itu digunakan untuk membela agama Islam, serta menakluk kembali Baitul Maqdis. Ini yang saya faham. Kalau salah,minta Kak Hanim atau teman-teman betulkan ye..
Sama la juga dengan kita. Ada antara kita yang sudah Islam sejak lahir, tapi mungkin baru mengenali Islam dengan hati, seperti saya, alhamdulillah. Segala kelebihan dan potensi, bolehlah digunakan untuk mencapai satu cita-cita, iaitu menjadikan Islam sebagai Ustaziyatul Alam, insyaAllah..
Teman-teman, pokoknya, dengan membaca buku-buku sejarah ini, telah mengobarkan jiwa-jiwa yang tandus untuk kembali berfikir dan juga bersatu. Dan daripada buku-buku yang saya baca, satu kesimpulan dari banyak-banyak kesimpulan yang dapat saya buat ialah, penting perpaduan itu, kerana apabila adanya perpaduan itu, tidak akan ada kaum yang mampu mengalahkan kita. Menyentuh pasal perpaduan ini, ada juga part dalam Syabab yang menceritakan perihal ini. Cuma bezanya, ia berkaitan dengan mazhab. Bagusnya buku Syabab ni Kak HAnim.Thanks sebab syorkan.Hehe. Oleh itu, sesiapa yang nak pinjam, dan nak baca masa tengah cuti nih, boleh la hubungi saya ye. Buat iklan, hehe. Buku-buku lain pun bole. Sampai di sini saja. Moga ada yang terkesan di hati.

p/s:kalau ada orang yang ada buku best, dan pinjamkan pada saya pun bagus jugak. Tengah tunggu buku Balqis pasal freemason. Nanti teman-teman pun pinjam la juga. Jadi berminat nak baca lepas baca kat blog yang ehah link dalm post before ni.
pp/s: teman-teman, ada cadangan buku tak, kalau yang berkaitan pasal perang salib ker, atau kerajaan-kerajaan Islam ke..Nanti saya beli, kita baca sama-sama ye..

Posted in