Posted By WayfarerOfLife on/at 5:27 AM

" Carilah kasih sayang Allah "
" Bila Allah dah sayang, semua benda boleh dapat"
" Kalau Allah sayang, senang nak masuk syurga "

Semua orang impikan syurga. Semua orang tahu, nak masuk syurga, kena banyak buat kebaikan, banyak buat benda baik, banyaklah pahala.

BUat kebaikan = buat benda2 yang Allah redha.

Nak masuk syurga, xboleh buat benda2 jahat, buat benda2 jahat, dapat dosa.

Benda2 jahat = benda yang Allah murka.

Tapi, bila buat satu2 benda, niatlah untuk mencari kasih sayang Allah, nak cari keredhaanNYa.
Hadith pertama dalam Hadith 40, " Inna 'amalu binniat "
Amal yang diabuat kerana nak cari pahala, namanya ' ibadat saudagar'
Pernah dengar cerita pasal seseorang ini x?
Dia beribadat sangat lama, berpuluh2 atau beratus2 tahun, bila tiba hari perhitungan, dan dihitung amalannya, dan di'compare'kan dengan nikmat sebelah mata, nikmat sebelah mata itu lebih berat.
Seseorang itu masuk syurga kerana kasih sayang dan rahmat Allah, bukan kerana amalannya..Walau sebanyak amalan, tak tertanding dengan nikmat yang Allah bagi.

Niat belajar sungguh2, sebab nak tunjuk bahawa umat Islam adalah umat terbaik, adalah sangat bagus, tapi takut2 niat itu akan terpesong nanti, sebab asasnya tak kuat

Kalau niat belajar, kerana nak cari kasih sayang Allah, nak redhaNya, kalau gagal pon x rasa pedih, sebab, kita tahu, usaha kita, Allah dah hitung, Allah tahu kita usaha belajar sungguh2, agar Allah sayang. KAlau berjaya, dapat buka mata orang tentang Islam, anggaplah itu satu bonus..

Moga, saya sendiri dapat peringatan. Orang kata, bila rasa Iman dah menurun, buatlah sesuatu agar dia naik balik. Moga dalam kehidupan ini, setiap langkah, adalah untuk cari kasih sayang Allah, dan setiap perbuatan, adalah kerana Allah. Maka tiada lagi rasa marah, dengki, terasa etc, yang tiada kaitan dalam mencari kasih sayang Allah

Posted in
Posted By WayfarerOfLife on/at 6:06 AM

A : C tu, dari tadi study je kat library. Dia tak nak balik solat ke? Da nak maghrib ni


B : Biarlah kat dia

A: Eh, mana boleh biar2..

B : Mana boleh ko tanya2 orang dah sembahyang ke belum.

A: Habis tu, xkan xboleh jaga solat orang lain?

B : Bukan macam tu, bila ko tanya tu, maksudnya ko da ragu2...

Ok, mungkin ada yang tak faham akan dialog di atas..Walau apa pun perspektif anda, di sini, saya bukan nak sentuh pasal jaga tepi kain, or mementingkan diri or benda2 yang sewaktu darinya.
Mari kita lihat dari sudut yang berbeza
Antara A dan B
Secara tak langsung, B telah memberi teguran terhadap A, agar jangan berburuk sangka. A boleh je terus tanya pada C, samada da solat Asar or belum, tak perlu bertanya pada B..Keputusannya, dia telah mengingatkan C untuk solat jika C belum solat, or mengelakkan dari prasangka buruk seandainya C telah pon solat.

Kadangkala, dalam kehidupan ini, kita banyak menerima teguran, samada secara lembut, kasar, sindir or apa2 cara sekalipun. Tidak kira bagaimana teguran itu diberi, tapi, terpulang pada diri kita, bagaimana untuk menerima teguran itu.

Seandainya hati telah keras, maka, immediately, kita akan rasa marah, tidak pun, terfikir " Tak boleh ke tegur elok2? Tak tahu ke cara menegur yang betul?"
Secara tak langsung kita akan menyalahkan orang yang menegur, dan menutup mata terhadap kesalahan yang telah kita lakukan, which in the end, tak membawa perubahan pada diri

Tetapi, jika hati itu lembut, dengan izin Allah, kita dapat melihat teguran itu dari sudut yang lain.
" Betul jugak, walau cara tegur tu salah, tapi takkan nak tunggu kena tegur lemah lembut baru nak berubah?Allah da ketuk pintu hati ni"

Tak kira walau cara apa pun teguran itu diberi, terpulang pada kita bagaimana untuk menerimanya. We cant change person at the other side, but we can change ourselves, n jalan termudah untuk bahagia adalah dengan mengubah diri sendiri. Perbaiki diri agar lebih bersedia untuk menerima teguran, dan moga lebih berhemah dalam memberi teguran itu sendiri.

Posted in
Posted By s.O.a.P on/at 7:38 AM

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


ps: and and and,salah satu keberkatan lain dlam byk membaca surah yassin adalah dipertemukan jodoh bagi mereka yg belum berkahwin..walaupun masa study ni bukan masa tuk pk pasal kawin2 ni,tak salah berdoa dari awal...moga2 dipertemukan dgn yg dapat membimbing ke syurga Allah..amin..

Posted in

Posted By WayfarerOfLife on/at 9:26 AM

Happy Birthday yang ke-20
Moga dikuatkan iman, dan ditetapkan hati. Moga sentiasa di bawah lembahyung rahmatNya. Moga ikatan ukhwah ini kekal ke akhir hayat dan menjadi penghubung di akhirat sana.
I Love You, fi dunia wal akhirah


Posted in