Bismillahirrahmanirrahim...
Pusing,pening,buntu..I cant find the right word, to tell you what i'm thinking right now..Berlegar2 dalam fikiran, tak terjemah dalam bentuk tulisan.Well, I'm new in blogger world..
InsyaAllah, berbekalkan kata-kata nasihat yang pernah diucapkan oleh seorang senior,
Cuti panjang, terasa dihabiskan dengan perkara yang kurang berfaedah. Mungkin hanya 1/10 masa yang berlalu benar2 bermanfaat..Rugi2 =(
Syukur, ada buku2 yang menemani, walau kadangkala malas menguasai diri, buku2 itu hanya buat penghias almari..Satu hari, insyaAllah, akan habis juga baca semua..
Buku2 itu banyak jasanya, dalam situasi di mana saya berada jauh dari halaqah cinta, buku2 menjadi sumber untuk mentarbiyah diri.
Hari ini, saya mengingat kembali, satu plot di dalam novel Tautan Hati. Saat di mana Asiah Yusra berbincang, atau bertukar pendapat dengan Christine, seorang Kristian yang sangat berazam untuk menyampaikan 'dakwah' kepada rakan-rakan muslim. Di saat Christine sedar, dia tidak mungkin dapat mengatasi Yusra dalam berbahas mengenai pegangan agama, dia beralih menyerang Yusra melalui kedudukan orang-orang Islam dalam mencapai kemajuan teknologi.
Mari sama-sama kita renungkan..
Sejauh mana kita sedar pentingnya ilmu dalam kehidupan kita. Sekadar lepas A-Level langsung fly ke India?
Cukup sekadar menggenggam segulung ijazah yang melayakkan kita untuk bergelar Dr?
Hadith Rasulullah s.a.w yang mafhumnya berbunyi,
Adakah Ibnu Sina hanya tahu mencipta picagari sahaja?
Ayuh sahabat, kita tanamkan satu azam, satu semangat, mahu menegakkan kembali syiar Islam di dunia ini..Satu semangat dalam mencapai cita-cita, menjadikan Islam sebagai, Ustaziyatul Alam..Dan cita-cita ini akan tercapai, dengan izinNya, melalui salah satu cara, iaitu ILMU
p/s: insyaAllah, andai dikurniakan ilham, akan bersambung..Buat yang tertinggal ISK dan IPK bersama kak anem, ini ada linknya..moga bermanfaat
http://www.scribd.com/doc/2149551/Ini-Sejarah-Kita-Analisa-Sejarah-Sebuah-Ummah