Posted By WayfarerOfLife on/at 6:50 AM

Bismillahirrahmanirrahim...

Pusing,pening,buntu..I cant find the right word, to tell you what i'm thinking right now..Berlegar2 dalam fikiran, tak terjemah dalam bentuk tulisan.Well, I'm new in blogger world..
InsyaAllah, berbekalkan kata-kata nasihat yang pernah diucapkan oleh seorang senior,

"Dalam menyampaikan sesuatu, sampaikanlah dari hati, agar ia bisa menyentuh hati-hati orang yang mendengarnya,"
Lebih kurang begitu..

Cuti panjang, terasa dihabiskan dengan perkara yang kurang berfaedah. Mungkin hanya 1/10 masa yang berlalu benar2 bermanfaat..Rugi2 =(
Syukur, ada buku2 yang menemani, walau kadangkala malas menguasai diri, buku2 itu hanya buat penghias almari..Satu hari, insyaAllah, akan habis juga baca semua..
Buku2 itu banyak jasanya, dalam situasi di mana saya berada jauh dari halaqah cinta, buku2 menjadi sumber untuk mentarbiyah diri.

Hari ini, saya mengingat kembali, satu plot di dalam novel Tautan Hati. Saat di mana Asiah Yusra berbincang, atau bertukar pendapat dengan Christine, seorang Kristian yang sangat berazam untuk menyampaikan 'dakwah' kepada rakan-rakan muslim. Di saat Christine sedar, dia tidak mungkin dapat mengatasi Yusra dalam berbahas mengenai pegangan agama, dia beralih menyerang Yusra melalui kedudukan orang-orang Islam dalam mencapai kemajuan teknologi.

Mari sama-sama kita renungkan..
Sejauh mana kita sedar pentingnya ilmu dalam kehidupan kita. Sekadar lepas A-Level langsung fly ke India?
Cukup sekadar menggenggam segulung ijazah yang melayakkan kita untuk bergelar Dr?
Hadith Rasulullah s.a.w yang mafhumnya berbunyi,
"Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad"
Jika kita lihat para ilmuwan Islam, adakah mereka hanya menguasai satu bidang sahaja?
Adakah Ibnu Sina hanya tahu mencipta picagari sahaja?
Ayuh sahabat, kita tanamkan satu azam, satu semangat, mahu menegakkan kembali syiar Islam di dunia ini..Satu semangat dalam mencapai cita-cita, menjadikan Islam sebagai, Ustaziyatul Alam..Dan cita-cita ini akan tercapai, dengan izinNya, melalui salah satu cara, iaitu ILMU

p/s: insyaAllah, andai dikurniakan ilham, akan bersambung..Buat yang tertinggal ISK dan IPK bersama kak anem, ini ada linknya..moga bermanfaat
http://www.scribd.com/doc/2149551/Ini-Sejarah-Kita-Analisa-Sejarah-Sebuah-Ummah

Posted in

Posted By WayfarerOfLife on/at 6:00 AM

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada didalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tiada suatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNYA, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun".(17:44)

Orang-orang Islam tidak akan berseorangan walau di mana pun mereka berada kerana sesungguhnya alam ini juga adalah saudara kita. Mereka tunduk dan patuh kepada Allah.

'Islam itu adalah tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya'

Maka, alam ini juga adalah Muslim. Renungilah kejadian siang dan malam, juga bagaimana cakerawala berputar pada paksinya

'Sungai mengalir mengikut perintahNya, dari banjaran gunung ke lautan luas




Kenapa pohon berbeza ketinggiannya?Fikir-fikirkanlah


Indahnya alam di waktu pagi.Maka rugilah orang-orang yang tidur selepas subuh.=)

Ikutlah resmi padi. Makin berisi makin tunduk


Ya Tuhan kami, sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka

Posted in

Posted By ibnatu muhtar on/at 6:55 AM

Welcome..welcome..to our new blog halaqqahmahabbah.blogspot.com


Assalamu'alaykum wrt,

Dengan ini, akak merasmikan, (ehe) blog halaqah mahabbah kita ini dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.. As introduction, meh kita renungkan firman Allah SWT berikut sebagai panduan kita menulis..

"And say to My servants that they should say those words that are best. (Because) Shaytan verily, sows a state of conflict and disagreement among them. Surely, Shaytan is to man a plain enemy." -Al-Isra':53


Posted in