Posted By WayfarerOfLife on/at 6:53 AM

saya mahu pulang kolej segera.......

Posted in

Posted By WayfarerOfLife on/at 7:12 AM

Assalamualaikum w.b.t

Siapa yang setuju sama saya??
Siapa setuju sejarah itu menarik??
Siapa kata sejarah itu bosan??
Siapa yang tak pernah tidur waktu kelas sejarah??

Benar, sejarah itu amat menarik..Tapi bukan sejarah yang belajar masa sekolah dulu. Subjek sejarah=boring.....Tapi sekarang, saya suka baca buku-buku sejarah. Tapi bukan buku sejarah KBSM. Buku tuh, tak pernah menarik untuk dibaca. Saya suka buku karangan Abdul Latip Talib. Saya da kumpul dua. Yang first, pasal Sultan Salahuddin Al-Ayubi.Best!!Siapa nak pinjam? Nanti saya boleh pos. Second, Sultan Muhammad Al-Fateh. Yang nih, baru beli, tak sempat baca lagi. Lepas saya baca baru boleh pinjam. Saat-saat nak habis cuti nih la, baru banyak terisi dengan perkara berfaedah. Saat-saat nak habis nih la, bertambah semangat nak beli buku-buku baru. Tapi ada orang pernah cakap pada saya, " Beli buku banyak-banyak, lepas tu biar berhabuk dalam almari." Huhu, insyaAllah, saya dah temukan jalan nak jaga buku-buku tuh supaya tak berhabuk. Caranya?? Baca ulang-ulang ke?Oh, saya masih belum mampu. Kalau ulang pun, mungkin hanya part yang menarik. Nak tahu solution saya?? Saya nak kongsi dengan oranglah. InsyaAllah, nanti kalau da balik kolej, nak buat iklan, nak bagi pinjam buku-buku kat sahabat-sahabat di kolej tu. Rakan-rakan KI, boleh la pinjam selalu yer..Takkan nak baca buku-buku tamil dengan Hindi je kan..Hehe..Kalau nanti ada yang berminat nak jadi partner saya, nak join aktiviti beri pinjaman nih, boleh la..Kalau ramai-ramai, baru semangat. Bersatu kita teguh...
Saya pun suka baca buku-buku Fatimah Syarha. Saya da ada dua. First, Tautan Hati..Yang kedua...jeng..jeng..jeng.. SYABAB MUSAFIR KASIH!!Haha..da lama nak beli.ingat nak tuntut dekat along, tapi da terjumpa pula dekat Dynamic tadi..terus beli..huhu..Nampaknya, Along kena beli buku yang lain la..haha..Cepatla 18 Feb..Nak tuntut janji..haha..Da habis baca buku Syabab nih..Sangat222 best!!!NAnti boleh pinjam sama saya ya...Salah satu yang berkesan dalam buku syabab ni, time Syabab(watak utama) pergi belajar al-Quran dengan Syeikh Sobir di Syria. Masa belajar, Syabab ni ada la tersalah baca, dan kena la marah dengan Syeikh tu. Syeikh tu pon tanya la jadual harian Syabab, dan Syabab pun ceritalah apa dia buat, dari bangun pagi,sampaimasuk tidur. Dan Syeikh tu pon tanya juga, sehari baca al-Quran banyak mana? Syabab pun jawab, setengah juzuk. Syeikh tu kata, sepatutnya, dalam sehari, sekurang-kurangnya 2 jam diperuntukkan untuk membaca al-Quran, salah satu sebabnya, al-Quran nih, diturunkan kepada hamba Allah yang paling mulia, siapa lagi,Nabi Muhammad saw..Kalau baca satu juzuk tu, paling minima diulang sebanyak lima kali. Masa tu, terfikir la saya. Baca buku Syabab tuh, lebih dari separuh, berapa jam saya ambil untuk baca tuh, tapi sikit saja al-Quran yang saya baca pada hari ni. Astaghfirullah..Kita ambil renungan bersama di sini ya teman-teman. Buku nih, sangat banyak manfaatnya, banyak ilmu yang boleh diambil, dan sesuai buat mereka yang belum mampu untuk membaca buku-buku yang terlalu fakta. Boleh diambil sebagai langkah pertama, untuk mencambahkan minat, membaca buku-buku corak sebegini. Dalam kedua-dua buku Fatimah Syarha ni, satu persamaan yang dapat saya kesan, banyak berkisar akan dakwah, dan bila seseorang daie itu berdakwah pada mad'u nya, dia akan melihat pada potensi yang ada pada mad'u(orang yang didakwah). Oleh itu, yakinlah wahai teman-teman, bahawa kita masing-masing ada potensi yang boleh digunakan untuk menegakkan syiar Islam ini.Siapa pernah dengar hadith logam??

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Mengikut apa yang pernah diajarkan pada saya, dan apa yang saya faham, apabila kita ada sesuatu kelebihan, misalnya seperti Saidina Umar al-Khattab yang sangat berani, gagah dan perkasa itu, sebelum dia memeluk Islam, berbagai-bagai perkara dilakukan dengan menggunakan kegagahannya itu termasuklah dalam cubaan membunuh Rasulullah. Tapi, setelah beliau memeluk Islam, kegagahannya itu digunakan untuk membela agama Islam, serta menakluk kembali Baitul Maqdis. Ini yang saya faham. Kalau salah,minta Kak Hanim atau teman-teman betulkan ye..
Sama la juga dengan kita. Ada antara kita yang sudah Islam sejak lahir, tapi mungkin baru mengenali Islam dengan hati, seperti saya, alhamdulillah. Segala kelebihan dan potensi, bolehlah digunakan untuk mencapai satu cita-cita, iaitu menjadikan Islam sebagai Ustaziyatul Alam, insyaAllah..
Teman-teman, pokoknya, dengan membaca buku-buku sejarah ini, telah mengobarkan jiwa-jiwa yang tandus untuk kembali berfikir dan juga bersatu. Dan daripada buku-buku yang saya baca, satu kesimpulan dari banyak-banyak kesimpulan yang dapat saya buat ialah, penting perpaduan itu, kerana apabila adanya perpaduan itu, tidak akan ada kaum yang mampu mengalahkan kita. Menyentuh pasal perpaduan ini, ada juga part dalam Syabab yang menceritakan perihal ini. Cuma bezanya, ia berkaitan dengan mazhab. Bagusnya buku Syabab ni Kak HAnim.Thanks sebab syorkan.Hehe. Oleh itu, sesiapa yang nak pinjam, dan nak baca masa tengah cuti nih, boleh la hubungi saya ye. Buat iklan, hehe. Buku-buku lain pun bole. Sampai di sini saja. Moga ada yang terkesan di hati.

p/s:kalau ada orang yang ada buku best, dan pinjamkan pada saya pun bagus jugak. Tengah tunggu buku Balqis pasal freemason. Nanti teman-teman pun pinjam la juga. Jadi berminat nak baca lepas baca kat blog yang ehah link dalm post before ni.
pp/s: teman-teman, ada cadangan buku tak, kalau yang berkaitan pasal perang salib ker, atau kerajaan-kerajaan Islam ke..Nanti saya beli, kita baca sama-sama ye..

Posted in

Posted By WayfarerOfLife on/at 8:52 AM

Salam
Buat rakan2, semoga ditabahkan hati menerima apa yang telah ditetapkan untuk kita.
He knows what the best for us!

p/s: actly, da tulis pos pnjg berjela, tp terdelete.huhu..disebbkan badan yang sedikit naik suhunya, tulis pendek je la..=)

Posted in

Posted By farihah md fazil on/at 9:24 AM

Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan
- Sahih Bukhari

byk info menarik yg dapat buke mate anda..
jom singgah blog ni -->

http://holywar-efairy.blogspot.com/


smoge byk memberi manfaat..=)

Posted in

Posted By WayfarerOfLife on/at 6:09 PM

Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar sahabat? Apa khabar iman? Menaik atau menurunkah? Malu nk tnya, sebb diri sendiri pon masih cuba memperbaiki iman, lebih2, dlam keadaan diri yang kurang tarbiyah..huhu

Anyway, bersyukur, alhamdulillah, masih punya internet di sini, punya Hang HP yang sudah kurang meragam, dan punya sahabat seakidah yang sudi berkongsi ilmu, meluangkan masa menghantar artikel2 berfaedah.

This article, that i'm going to post, was copied and pasted here, was send to me by Kak Mazni..Actly hantar kt IPIS group..pendekkan je la crite..

Semoga bermanfaat..



Bismillah walhamdulillah
Islah nafsak!

"Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? [itu] sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengerjakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
(as-saff:2-3)

Perbaiki diri sendiri sebelum perbaiki orang lain. Jangan expect orang yang kita dakwah kan untuk berubah seandainya kita sendiri tidak berubah. Mad'u lebih melihat apa yang kita lakukan, kadang2 saja mengikut apa yang kita cakapkan.
wake up call untuk para du'at!
Titik tolak nya adalah bermula dengan diri sendiri.
Layakkah kita mewarisi syurga yang pernah diduduki oleh atok nenek moyang kita, Nabi Adam as?
Layakkah kita untuk mengaku yang kita mewarisi Al-Quran, mukjizat Maha Agung sepanjang zaman?
Umat Islam umat yang palinggg bertuah kerana mewarisinya. . Sedangkan gunung dan alam ini pun tak sanggup nak pikul tanggungjawab tu. Tapi, manusia dengan rela hati ingin memikul tanggungjawab tu.
Setelah kita menerimanya, apa yang kita buat dengan mukjizat agung itu...?
Tentu kalian masih ingat yang Islam pernah gemilang suatu masa dahulu, tamadun islam inilah yang menjadi ikutan seluruh dunia!
Tapi, tertanya-tanya tak, di mana kah agaknya tamadun itu sekarang.
Kita sebagai pewaris tamadun terbilang itu..tapi apa yang telah kita lakukan untuk Deen ini?
Hidup ini bukan untuk kebaikan diri sendiri.
Benar, kita harus berusaha islah kan diri sendiri, tapi kita harus bergerak pantas. Islahkan diri dengan penuh iltizam dan istiqamah.
Dan, harus diingat, tanggungjawab kita tak terhenti di situ sahaja.
Kita adalah khalifah! tanggungjawab kita untuk meng'islah' kan orang lain juga.
Bukan untuk menjadi baik untuk diri sendiri sahaja. Tapi hidup ini menuntut kita untuk orang lain juga.
Kerana dari lahirnya individu2 yang cemerlang inilah, bergabung menjadi umat yang terbilang juga.
Fikirkan sejenak.. Andainya Nabi tidak berdakwah pada para sahabat, sampaikah islam yang kita anut dan hidup dengannya sampai hari ini?
Maha Suci Allah!
"maka setelah mereka, datanglah generasi jahat yg mewarisi taurat, yg mengambil harta benda dunia yang rendah ini. " [al-a'raf:169]
adakah kita pewaris seperti yang disebut dalam ayat di atas?
atau...
"...Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kami ke (syurga) ini. Kami tidak akan mendapat petunjuk sekirannya Allah tidak menunjukkan kami. " [Al-a'raf:43]
kita pewaris yang ini?

Kita rasa kita dah cukup berjuang untuk islam, tapi mana tahu, bila check DNA, it shows yang kita tak layak pun nak 'mewarisi' syurga Allah dan tamadun ini.
Shows that we as the worthy heir of what we should be!
Persiapkan diri untuk pikul tanggunjawab dengan sungguh-sungguh!
Ingat satu perkara, bila kita abaikan kerja dakwah yang sepatutnya kita kene buat, itu juga menyumbang pada hati yang sakit.
Apa yang penting, bila Allah mengiktiraf apa yang kita lakukan.
Pesan seseorang pada saya,
"dikala kita rasa iman kita down, jangan biarkan saja. Volunteerkan diri untuk beri tazkirah, buat usrah, beri nasihat dan 'memberi' pada orang lain. Sebab dengan cara tulah, kita dapat naikkan balik iman kita. On the way kita nak buat baik tu, kita akan berusaha untuk islahkan diri sekaligus.
Kalau kita biarkan dan tunggu sahaja...dan kata,'takpelah, tunggu iman naik dulu, baru buat usrah, tunggu rasa semangat skit, baru nak 'memberi', tunggu ada kelas agama lah, baru nasihat orang lain...
'
maksudnya kita terhasut dengan pujukan syaitan yang selalu ingin melambat-lambatkan. entah bila agaknya kita akan cuba untuk berubah. Dan entah mungkin juga kita takkan berubah dan tetap di takuk lama."
http://www.youtube. com/watch? v=dZbe9fZXMas&feature=player_ embedded# at=96
Islah nafsak wad'u ghairu
Kitalah generasi harapan. Pemuda kahfi zaman ini.
Takbir!! Allahuakbar!
p/s: kak anem, islah tu ape?

Posted in

Posted By farihah md fazil on/at 4:11 AM


assalamu'alaikum..
hehe..
inilah tat yg dbuat khas untuk kakak yg birthday nye harini..
tp nk buat mende ni sgt memenatkan
sedap ke x sedap...entahla
tapi inilah antara hasil kerje sy selame cuti ini
kalau u all nk buat jugak..
boleh rujuk je kat blakang paket tepung kastad lady's coise..hehe
tp kene la pndai2 adjust sikit
macam time kite bancuh kastad tu
ntah mane silapnye smpai beketul ketul
kte terus masukan dlm blender
huhu..hentam jelah
lpas tu..kalau boleh gune sparuh je dr bahan2 yg die bg tu
cntoh : tepung gandum 420g , so kte buat 11og je
sbb kalau buat 420g tu untuk 24 hidangan :S
kongsila cerita korang kat umah jugak tau..
=)
balqis pulak tgh blaja drive..
goodluck balqis !!
ash pun keje kat kdai kek msti dah pndai wat kek kan..
ps : nati bile2 bole bg korang rase pulak kan..
wlaupun rase nye x lah mcm eggtat kat hotel :P

Posted in

Posted By ibnatu muhtar on/at 8:57 AM

Assalamu'alaykum, akak nak iklankan program yang best ni.. mehla beramai-ramai turun rumah akak hujung bulan ni.. esp kpd yg tak berkesempatan lg nak bermalam di rumah akak hari tu..


come and come again
ours is a dergah of mercy
come and come again..

=)

Posted in