Posted By s.O.a.P on/at 7:38 AM

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


ps: and and and,salah satu keberkatan lain dlam byk membaca surah yassin adalah dipertemukan jodoh bagi mereka yg belum berkahwin..walaupun masa study ni bukan masa tuk pk pasal kawin2 ni,tak salah berdoa dari awal...moga2 dipertemukan dgn yg dapat membimbing ke syurga Allah..amin..

Posted in

Posted By WayfarerOfLife on/at 9:26 AM

Happy Birthday yang ke-20
Moga dikuatkan iman, dan ditetapkan hati. Moga sentiasa di bawah lembahyung rahmatNya. Moga ikatan ukhwah ini kekal ke akhir hayat dan menjadi penghubung di akhirat sana.
I Love You, fi dunia wal akhirah


Posted in

Posted By WayfarerOfLife on/at 6:02 AM

Thanks Allah for sending me them. They whom love me so much, and sayang mereka keranaMu ya Allah. Thanks Balqis kerana kata2 semangatmu, thanks Farah kerana coretan di blogmu, thanks Ashkurina for missing me so much ehe...=), thanks Ehah Nurul and Bibi atas layanan dan semua perkongsian semasa di Belgaum, and thanks korang sebab selalu ada dengan saya. Dengan korang, moga saya selalu mengingatiNya, dan moga ikatan ukhwah ini membawa kita ke syurga. Special thanks to Kak Hanim for everything. I love you so much, and happy so much till i want to cry..

Posted in

Posted By WayfarerOfLife on/at 9:47 PM

Saat ni, rasa tak Allah sangat sayangkan kita?

Sedar tak, Allah sayangkan kita, bila dia sedarkan kita, apa yang kita tak perasan?
Misalnya, buat satu perkara mungkar, barangkali dosa itu kecil, hingga kita melihatnya sebagai bukan satu kesilapan. Dan beberapa minit kemudian, Allah perlihatkan satu peristiwa yang menyedarkan kita, bahawa kita telah melakukan satu dosa.
Rasa tak kasih sayang Allah?
Allah Maha Penyayang, hatta melakukan satu dosa kecil pon, Dia memberi kita peluang untuk bertaubat, inikan pula dosa besar
Sedar tak, bila kita mula jauh dari Allah?
Kita mula rasa tidak tenang, dan kembali mengingatiNya.
Rasa tak betapa kita rindukan, kata-kata nasihat, tarbiyah, program2 bermanfaat.
Sedar tak rasa itu semua, tanda kasih sayang Allah buat kita.
Cuba fikirkan, tanpa rasa gelisah itu, akan timbulkah perasaan perlukan Allah?

Posted in

Posted By The Rocking Hijab on/at 9:20 AM

Assalamualaikum penghuni halaqah mahabbah kita. Rase nak nangis pulak bila teringat group usrah kita dulu. Semua tau saya ada blog sendiri kan? So maafla kalau tak contact sebab kebanyakan cerita, perkara yang berlaku terhadap saya, ada yang saya ceritakan di blog, dan selebihnya saya simpan. Jadi sekarang saya akan bercerita serba sedikit secara umum apa yang berlaku terhadap saya sepanjang di rumah.

Saya dapat USM kelantan tapi saya rasa sedikit hambar sebab nanti dekat sana saya tak dapat nak pakai tudung. Tapi hal USM ni recent. Sebelum tu, memang banyak dugaan yang saya alami. Parents, masyarakat yang mencela sebab tak lepas ke India, masalah between parents, nak dapatkan placements dan masalah dalaman saya sendiri. Keadaan ni kadang-kadang sangat sukar bagi saya sehingga saya rasa tak mampu untuk hadapi dengan sendiri tapi ujian ni kan tarbiyyah dari ALLAH? Jadi saya cuba bertahan. Hanya ALLAH yang tahu berapa banyak air mata yang telah saya tumpahkan kerana cuba untuk menahan derita yang ditanggung saat berseorangan. Betapa hampir semuanya menguji ketahanan aqidah saya dan saya sangat bersyukur kerana saya telah dipersiapkan dari awal tentang kefahaman terhadap Islam yang sebenar. Usrah-usrah sebelum ni juga banyak membantu dalam membantu saya mengatasi sebarang pemikiran yang melalaikan. Kerap kali rasa malas untuk bersolat, rasa nak putus asa tapi saya cuba ingat, yang membezakan golongan kuffar dan muslim adalah solat. Saya cuba ingat, solat itu tiang agama.

 Untuk saya mempertahankan agama saya, saya memaksa diri untuk terus bertahan agar tidak terpengaruh. Itu tidak termasuk ayah yang memang anti-Islam dan cuba untuk brainwash kepala saya agar turut membenci Islam. Dia cuba untuk memesongkan pandangan saya terhadap Islam dengan pelbagai hujah yang, nauzubillah, kadang2 mampu membangkitkan persoalan dalam fikiran saya. Saya mengaku saya banyak lagi tak tau. Banyak lagi yang perlu saya fahami sebab saya nak jadi muslimah yang mantap pegangannya supaya saya boleh buka mata ayah saya  suatu hari nanti. Kadang-kadang saya takut. Takut saya tidak dapat bertahan. Tapi alhamdulillah saya mampu.

Maafkan saya kalau saya tak contact kamu semua. Bukan saya tak mahu bercerita tapi sejak beberapa minggu yang lepas, saya berhenti menghubungi rakan-rakan supaya saya tidak mengadu betapa sedihnya saya, atau betapa deritanya saya menghadapi segalanya berseorangan. Tapi saya tidak akan bercerita lagi seperti yang pernah saya lakukan dulu. Kalau kamu perasan, bila saya sedih je, saya contact. Bile sedih baru contact. Saya baru sedar saya sangat bergantung pada kawan-kawan dan saya hanya fokus pada perasaan itu tanpa mengambil pengajaran di sebalik ujian itu. Saya hilang kebergantungan pada Tuhan.

Namun kini saya faham. Saya akan cuba lebih merapatkan diri dengan ALLAH di dalam solat. Saya akan belajar daripada semut, yang bergantung, bertawakkal sepenuhnya pada ALLAH dalam mencari rezeki kerana ALLAH itu Maha Pemurah, Dia Zat yang Agung. Mungkin susah pada permulaan tapi inshaALLAH, segalanya mungkin.

Posted in

Posted By WayfarerOfLife on/at 10:11 PM

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengka n kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi.
Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita.
Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

Posted in

Posted By s.O.a.P on/at 2:52 AM

dalam sesi explorasi ad-deen episode 3(SEED) yg baru dihadiri hari tu kat masjid hidayah(kot),seksyen 18 shah alam,slot ke 2 ceramah,abg tu ade ulas ttg factor kejayaan muslim dan antara poin2 yg dia kemukakan:

1)permulaan tabiat manusia yg rabbaniyah
2)perjalanan manusia yg fitrah dan
3)pengakhiran tabiat manusia yg rabbaniyah

so pe maksud ketiga-tiga poin yg abg tu kemukakan tu?

well,to explain it in simple terms,he gav us all few of the stories of d prophets and other Islamic role model at those times and the one that I wish to share today is about nabi Ibrahim,isterinya,dan anak mereka,nabi ismail yg ketika itu br berumur bebrapa bulan..
ps:crita ni berdasarkan yg kite ingat je,klu tak precise sgt,bia neh..

ok back to the story, so one day Ibrahim a.s out of the blue has brought his wife and son out of their house thru the desert by foot towards mesir..half way thru,in d mid of the desert,he left/abandon his wife and kid..imagine leavin ur love ones in a place u urself not sure where plus its in d desert where as we r all aware of has no water and is extremely hot!

puzzled,his wife chase after him and asked him why is he leavin them there..but 4 d 1st and 2nd time that his wife asked he jus kept quiet.the 3rd time she asked again and she added another point to him askin if wat he is doin is actually Allah’s will.calmly Ibrahim a.s answered,yes.
hearin tat his wife(a woman of great faith 2 her religion and the one and only god) accept it as it is and goes back 2 where she left ismail a.s in d mid of the desert totally,completely without doubt believing in Allah’s arrangement to them and that Allah will take care of them.even so,as she hears ismail’s cry for water, she, with her motherly instinct,run back and forth btw 2 hill(safa and marwa kot namanya)in her quest 4 water so tat she cud feed her baby wif breast milk.onli after d seventh time tat she runs back n forth in search of water that Allah grant a well(telaga zam zam as its known now)at ismail’s legs.with tat she is able 2 drink the water so that she cud feed her baby her breast milk.

then came a guy(a qazilah kot panggilannya),yg pentingnya he is sooo not a good guy,BUT with Allah’s power,He ‘softens’ the guy’s heart and by Allah’s grace this guy was willing to let them go and didn’t even try to chase them away and take the well for himself.padahal this guy is supposedly to be very cruel and by nature he shud hav killed both of them and confiscate the well,BUT with Allah’s help the two is spared..
subhanallah..

tapi klu kite pk pk lebih sikit tgk macam mane kedua-dua(nabi dan isterinya)boleh terima dgn sepenuh hati perintah Allah dan meletakkan sepenuh kepercayaan kpd janji Allah yg akan melindung setiap umatnya tanpa sebarang rasa ragu dan ingkar,double subhanallah..
mmg manusia agung yang Allah pilih aje layak diuji sebegitu(betullah Allah takkan jatuhkan pada kite musibah yg tak tertanggung oleh kite)

tapi jom kite kaitkan crite ni ngn poin2 yg abg tu bg td as factor kejayaan muslim.

tuk poin pertama,kite ble nmpk dr sikap Ibrahim a.s n isteri yang reda dan meletakkan sepenuh kepercayaan atas perlindungan Allah(Rabb) yg Esa.subhanallah..

poin kedua,kite ble nmpk dr usaha bersungguh isteri nabi dlm mencari air pd kws tanah yg jelasnya kering kontang.walaupun dgn iman yg kuat terhadap Allah yg bisa dgn senangnya bg sahaja perigi tu dr awal,isteri nabi ttp tak hanya duduk berpeluk tubuh dgn ‘musibah’ yg dihadapinya ketika itu walhal ujian yg tertimpa ke atas beliau adalah kehendak Allah,malah m’beri dorongan kat beliau tuk berjuang mendptkan sumber air secepat mungkin..jom renung,klu benda ni jadi kat kite,dgn rase percaya yg amat kuat that Allah is gonna take care of things for us eventually,will us ACTUALLY work our evry all to do all those things in order 2 survive?bukan ke senang klu kite just duk dediam and tgu rezeki yg kita CONFIRM Allah dah janji kat kite?tapi,pk pk balik,ble ke camtu?ade ke kejayaan tanpa usaha??
poin ketiga plak bile akhirnya Allah jadikan telaga zam zam kat celah kaki nabi ismail and mereka terselamat dr penindasan seorg hamba Allah yg sepatutnya sgt kejam..subhannallah…allahuakbar…

harapnye,sume dpt relate ngan example yg saya dah ceritakn blk ni tuk kehidupan seharian kite..

memang kite percaya yg Allah dah menetapkan bg setiap seorang umatnya satu penetapan yg sesungguhnya paling tepat dan terbaik,tapi,klu kite tak berusaha dan tunjukkan pada Allah tat we r worth his giving us all those nikmat,Allah nak ke bg kat kite..?renungkan ek,klu isteri nabi Ibrahim yg imannya jauh lebih mantap dr kite yg masih terumbang ambing mcm sampan dagang yg kosong kat tgh laut pun berusaha tuk dptkan kejayaan yg Allah dah tetapkan tu,apatah lagi kite nih?layak ke?astaghfirullah halazim…moga Allah bukakan hati kita ni tuk sedar akan usaha yg harus diiringi bersama tuk kita rase worth terima nikmat Allah tu..
renungkan:selain udara,ade ke benda lain kat dunia ni yg free?klu betul tanpa usaha boleh
Berjaya,ade ke org lelama akan come out dgn peribahasa usaha tangga kejayaan?
tepuk dada tanya iman..pergantungan pada Allah adalah sebaik-baik pergantungan tapi usaha yg diselaraskan dgn pergantungan tulah yg lebih cantik dan lebih bermakna lagi..wallah hualam…

Posted in